Tuesday, June 2, 2015

FEIL DAN ALAMATNYA


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،



Ta'rif Fi'el:

Fi'el فِعْل adalah kalimah yang berdiri dengan sendiri dan ia bergantung dengan tiga zaman (zaman madhi,hal dan istiqbal) / Fi'el ialah kalimah yang bebas sendirian tanpa perlu bergantung dengan kalimah lain dan ia ada makna zaman 3 iaitu :

مَاضِي, حَال, اِسْتِقْبَال

i. Zaman Madhi : Zaman lampau

ii. Zaman Hal : Zaman terkini,keadaan sesama,

iii. Zaman Istiqbal : Zaman akan datang..

Contoh feil : ضَرَبَ

Contoh : ضَرَبَ , يَضْرِبُ

Alamat fi'el : 

1. Masuk huruf أتين pada awalnya
Contoh : أَضْرِبُ, تَضْرِبُ, يَضْرِبُ, نَضْرِبُ

2. Masuk huruf قد pada awalnya
Contoh : قد ضَرَبَ

3. Masuk huruf س pada awalnya
Contoh : ستَضِرِبُ

4. Masuk huruf سَوْفَ pada awalnya
Contoh : سوف تَضِرِبُ

5. Masuk huruf jawazim pada awalnya
Contoh :  لم تَضِرِبْ

6. Masuk huruf nawasib pada awalnya
Contoh : لن تَضِرِبَ

7. Masuk huruf تْ pada akhirnya
Contoh : ضَرَبَتْ

8. Masuk huruf ت ber harakat pada akhirnya dan sebelumnya sukun(baris mati)
Contoh : ضَرَبْتُ

9. Kalimah yang Mabni dengan baris atas.
Contoh :  ضَرَبَ

10. Masuk huruf nun tsaqilah dan nun khafifah pada akhirnya.
Contoh :  اضرِبَنَّ اضرِبَنْ

__________________________________ *** __________________________________

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
أما بعد،


Fi'el terbahagi 2 bahagian:

1-Tsulatsi ثلاثي iaitu 3 huruf asli dalam satu kalimah.

Contoh ضَرَبَ


Tsulasi terbahagi 2 iaitu Tsulasi Masdar dan Tsulasi Musytaq.
Contoh bagi Tsulatsi Masdar : ضَرْبٌ
Contoh bagi Tsulatsi Musytaq ضاربةٌ

Penerangan,

Tsulasi Masdar ثلاثي مصدر ialah kalimah Isim Masdar اسم مصدر .

Tsulatsi Musytaq ثلاثي مشتق ialah kalimah Isim Musytaq اسم مشتق.


Apakah Isim Masdar?

Isim Masdar ialah kalimah isim yang di bina dari kalimah fi'el nya dan ia menunjukkan makna SIFAT.


Apakah Isim Musytaq?

Isim Musytaq ialah kalimah isim yang di bina dari isim masdar dan ia menunjukkan makna ZAT dan SIFAT.

Isim Jamid اسم جامد ialah kalimah isim yang tidak di bina dari fi'el atau masdar dan ia menunjukkan makna ZAT.
Contoh زَيد (nama orang yang hanya menunjukkan nama bagi zat/diri)


2- Ruba'ei رباعي iaitu 4 huruf asli dalam satu kalimah.

Contoh دَحْرَجَ

Contoh Ruba'ei Masdar : دَحْرَجَةٌ
Contoh Ruba'ei Musytaq : مُدَحْرَجٌ

Soalan,

Kenapa fi'el ada isim masdar dan mustaq?
Jawapan,
Isim masdar dan isim musytaq sentiasa boleh beramal seperti fi'el. Dan dari segi makna sama dengan fi'el cuma tidak menunjukkan makna zaman.

No comments:

Post a Comment