Wednesday, April 29, 2015

PENGENALAN

Cara di ajar oleh almarhum Syeikhul Sorf Wa Nahw Pakistan iaitu Maulana Nasrullah Khan yang boleh di katakan serata pakistan anak2 muridnya jadi ulama2 besar. Anak muridnya akan baca hafalan sambil dia berjalan2..Sheikh bjalan laju walhal masa tu beliau berusia 78..
Pesanan Sheikh kepada anak muridnya Ustaz Solah  : Fikir/kaji lah sentiasa,sbb semua org (yg alim sekalipun sentiasa) kaji.(sosy kar lo sab sosy karna pare ga.)

Kaedah penting belajar ilmu sorof:

1 kena faham qaedah.
2 kena faham hukum.
3 kena faham syarat.
4 kena faham contoh bertepatan.
5 kena faham contoh berlawanan.
6 jangan bertanya jawapan sebelum kaji sendiri. setiap masalah kena atasi sendiri. setelah yakin jawapan baru tanya.ingat! jawapan mesti yakin betul.jika tak,sila kaji lg.
7 sentiasa bertanya sendiri dan jawab sendiri masalah.

Tips mudah hafal:

1 kawal emosi marah
2 jgn stress 
3 jaga waktu nak hafal.
4 sedia juga masa utk ulang baca hafalan (tanpa lihat nota) setiap hari.
5 jgn kata tak boleh,otak benok,lidah keras sbb perkataan lemahkan semangat.

Kesimpulannya kena jaga otak..sbb otak kita bekerja lebih dari biasa.maka perlu rehat.dan istiqamah.

Waktu hafal mengikut pengalaman sy di pakistan:

utk hafal ;maghrib dan isyak (jgn lebih dari sejam.

sebelum maghrib(masa mana2 pun) sudah baca tgk byk kali.ingat! baca dgn lidah bukan baca dgn hati shj.

lepas isya pula pelancarkan hafalan maghrib.kemudian stop.

lepas subuh wajib baca ulang sehingga betul2 ingat tanpa lihat nota.

Cara nak hafal:
ulang 1 ayat hingga ingat kemudian alih ayat 2 kemudian 3 tanpa di campurkan.setelah habis hafal satu2 baru lah baca hafal utk sambung ayat 1 2 3 dan seterus..ingat! jgn lebih sejam.

harap membantu.

Tips selepas ingat,
mesti ulang hafalan yg telah lepas tu masa2 mana pun.mesti khatam setiap hari.

Masalah jika tak jaga hafalan lepas:
Boleh menyebabkan lupa seolah2 tak pernah hafal..maka kena start semula..nak start balik ni la kebanyakan akan jadi boring lalu malas dah nak belajar kerana susah..padahal dia sendiri yg susahkan dirinya sendiri.

Mula2 belajar dulu sy pelik kenapa maulana ingat..buku pun takde..dia ngajar tanpa buku di tangan mahupun atas meja..bila kita sendiri buat baru lah nampak kemudahannya.

Kelebihan Belajar Sorof

1-boleh betulkan kaedah tajwid bacaan alquran.

2-faham dgn mudah setiap makna lafaz arab.

3-boleh cari huruf asli dan huruf tambah maka senang nak cek makna dlm kamus arab-melayu.sbbnya kalu tak tahu sorof susah nak cek makna lafaz arab.

4-mudah memahami ilmu nahu.sbb kebanyakan pelajar lemah sorof maka dia akan lemah nahu.lemah nahu maka tak faham maksud jumlah bahasa arab..dan yg paling susah ialah nak gabungkan antara sorof,nahu dan tarkib jumbah.

dan lain2 lg insyaAllah dlm kelas nanti.

Tarkib Jumlah (Susunan Ayat)

وَلَقَدْ تَرَكْنَاهَا آيَةً فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ 

Lihat jumlah (ayat) di atas perkataan  "تَرَكْنَاهَا "

Yang manakah huruf aslinya (huruf asal)?

Huruf ta huruf asli - ra huruf asli - kaf huruf asli - tapi nun dan alif huruf tambah.
ha dgn alif pula kalimah lain.

Ini contoh pengetahuan Ilmu Sorof. Maka kita boleh cek huruf asli tu ta, ra, kaf, dlm kamus arab melayu jumpa jawapan maknanya.

Dan تَرَكْنَا adalah Sighah Fiel Madhi Ma'lum.iaitu sighah Jama' Mutakallim.

sorof mesti ada latihan tubi hari2..bukan sekadar hafal dan faham.bahkan dgn latihan makin faham ilmu sorof..sbb tu dulu guru sy hanya suruh hafal shj dulu,selepas tu baru faham..bila hafal baru la mudah faham.
ilmu sorof akan rasa payah bila tak ingat hafalan.