Tuesday, June 2, 2015

HARF TAKRIF SERTA ALAMATNYA

Alhamdulillah..Kita mula...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،

Ta'rif harf :

Harf حرف ialah kalimah yang tidak berdiri dengan sendiri,bahkan perlu sentiasa berhubung dengan kalimah lain dan ia tiada zaman. /Harf ialah kalimah yang sentiasa bergantung dengan kalimah lain.dan ia tiada zaman.

contoh هَلْ

contoh مِنْ

Alamat harf.
Selain dari alamat isim dan fi'el.

_________________________________ *** _______________________________________


Antara istilah lain yg perlu tahu utk faham kitab ni:

Huruf Nida' (kata seruan)

Huruf Nida' ada 5

ya aya haya aiy a(hamzah baris atas)

يَا
أَيَا
هَيَا
أَيْ
ءَ

يَا أَيَا هَيَا
أَيْ
ءَ

يَا أَيَا هَيَا أَيْ ءَ

Antara istilah lain yg perlu tahu utk faham kitab ni:

Huruf Nida' (kata seruan) huruf nida' ada 5: 
ya aya haya aiy a(hamzah baris atas)

يَا أَيَا هَيَا أَيْ ءَ

hafal dulu..mudah je tu

Habis di situ istilah dalam kitab Irsyad..semua tu banyak berkait dgn Ilmu Nahu..cuma di sini hanya ringkasan sahaja..tidak di bahas panjang..nanti dlm kelas nahu insyaAllah ada bahas benda tu..
lepas ni baru masuk kitab irsyad


___________________________________ *** ___________________________________


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
أما بعد،

Huruf dalam kalimah bahasa arab terbahagi 2:

1-Huruf Asli
2-Huruf Zaedah

Huruf Asli: Huruf asli yang ada pada setiap kalimah samada pada fiel madhi,mudhari',isim fa'il,isim maf'ul atau mujarrad مُجَرَّد atau mazid مَزِيْد

Huruf Zaedah: huruf tambah yang kadang2 ada dan kadang2 tiada dalam kalimah.

FEIL DAN ALAMATNYA


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،



Ta'rif Fi'el:

Fi'el فِعْل adalah kalimah yang berdiri dengan sendiri dan ia bergantung dengan tiga zaman (zaman madhi,hal dan istiqbal) / Fi'el ialah kalimah yang bebas sendirian tanpa perlu bergantung dengan kalimah lain dan ia ada makna zaman 3 iaitu :

مَاضِي, حَال, اِسْتِقْبَال

i. Zaman Madhi : Zaman lampau

ii. Zaman Hal : Zaman terkini,keadaan sesama,

iii. Zaman Istiqbal : Zaman akan datang..

Contoh feil : ضَرَبَ

Contoh : ضَرَبَ , يَضْرِبُ

Alamat fi'el : 

1. Masuk huruf أتين pada awalnya
Contoh : أَضْرِبُ, تَضْرِبُ, يَضْرِبُ, نَضْرِبُ

2. Masuk huruf قد pada awalnya
Contoh : قد ضَرَبَ

3. Masuk huruf س pada awalnya
Contoh : ستَضِرِبُ

4. Masuk huruf سَوْفَ pada awalnya
Contoh : سوف تَضِرِبُ

5. Masuk huruf jawazim pada awalnya
Contoh :  لم تَضِرِبْ

6. Masuk huruf nawasib pada awalnya
Contoh : لن تَضِرِبَ

7. Masuk huruf تْ pada akhirnya
Contoh : ضَرَبَتْ

8. Masuk huruf ت ber harakat pada akhirnya dan sebelumnya sukun(baris mati)
Contoh : ضَرَبْتُ

9. Kalimah yang Mabni dengan baris atas.
Contoh :  ضَرَبَ

10. Masuk huruf nun tsaqilah dan nun khafifah pada akhirnya.
Contoh :  اضرِبَنَّ اضرِبَنْ

__________________________________ *** __________________________________

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
أما بعد،


Fi'el terbahagi 2 bahagian:

1-Tsulatsi ثلاثي iaitu 3 huruf asli dalam satu kalimah.

Contoh ضَرَبَ


Tsulasi terbahagi 2 iaitu Tsulasi Masdar dan Tsulasi Musytaq.
Contoh bagi Tsulatsi Masdar : ضَرْبٌ
Contoh bagi Tsulatsi Musytaq ضاربةٌ

Penerangan,

Tsulasi Masdar ثلاثي مصدر ialah kalimah Isim Masdar اسم مصدر .

Tsulatsi Musytaq ثلاثي مشتق ialah kalimah Isim Musytaq اسم مشتق.


Apakah Isim Masdar?

Isim Masdar ialah kalimah isim yang di bina dari kalimah fi'el nya dan ia menunjukkan makna SIFAT.


Apakah Isim Musytaq?

Isim Musytaq ialah kalimah isim yang di bina dari isim masdar dan ia menunjukkan makna ZAT dan SIFAT.

Isim Jamid اسم جامد ialah kalimah isim yang tidak di bina dari fi'el atau masdar dan ia menunjukkan makna ZAT.
Contoh زَيد (nama orang yang hanya menunjukkan nama bagi zat/diri)


2- Ruba'ei رباعي iaitu 4 huruf asli dalam satu kalimah.

Contoh دَحْرَجَ

Contoh Ruba'ei Masdar : دَحْرَجَةٌ
Contoh Ruba'ei Musytaq : مُدَحْرَجٌ

Soalan,

Kenapa fi'el ada isim masdar dan mustaq?
Jawapan,
Isim masdar dan isim musytaq sentiasa boleh beramal seperti fi'el. Dan dari segi makna sama dengan fi'el cuma tidak menunjukkan makna zaman.

Tuesday, May 12, 2015

ISIM TAKRIF SERTA ALAMAT-ALAMATNYA


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
أما بعد،


Alamat isim اِسْم .

1. Ada alif dan lam ا,ل di awal kalimah
contoh : الرَّجُلُ

2. Ada huruf nida' نِدَاء di awal kalimah
contoh يَا عَبْدَ الله

3. Ada huruh jarr جَر di awal kalimah
contoh  : بِرَبِّ النَّاس

4. Ada huruf م di awal kalimah
contoh :  مَضْرُوْبٌ

1. Nama bagi sesuatu
contoh : زَيْدٌ

2. Masuk Ta’ ة ت yang berbaris di akhir kalimah dan huruf sebelumnya berbaris atas;
contoh :ضَارِبَةٌ

3. Ada tanwin تَنْوِيْن di akhir kalimah
contoh : سَمِيْعٌ

Ada huruf yang berbaris bawah di akhir kalimah
contoh :  غُلَامُ زَيْدٍ

4. Ada huruf ي nisbah pada akhirnya
contoh :  اَلْمَالِزِيِّ

Ia sighah jama' salim dan jama' mukassar صيغة جمع سالم ومكس
contoh :  ضَارِبُونَ, ضَرَبَةٌ

Ia sighah tasghiir تصغير 
contoh :  قُرَيْشٌ رُجَيْل

*alamat : tanda dan cara nak kenal

habis kelas hari.

sila hafal..

________________________________ **** ____________________________________


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
أما بعد،


Kalimah isim terbahagi 2:

1)tsulasi ثُلَاثِي iaitu kalimah isim yang ada 3 huruf asli dalam satu kalimah.
contoh: زَيدٌ

2)ruba'e رُبَاعِي iaitu kalimah isim yang ada 4 huruf asli dalam satu kalimah.
contoh: جَعْفَرٌ

3)khumasi خُمَاسِي iaitu kalimah isim yang ada 5 huruf asli dalam satu kalimah.
contoh: سَفَرْجَلٌ


Penerangan:

Contoh2 di atas hanya huruf asli sahaja dalam kalimah tu.. tiada huruf tambah..huruf tambah akan menyusul kemudian..
contoh yg khumasi tu cari sendiri maknanya dlm kamus..cek kamus ikut huruf aslinya shj..

semoga Allah permudahkan.

KALIMAH DAN PEMBAHAGIANNYA




Kalimah terbahagi kepada 3:

1- isim اسم contoh رجل (rajulun)
2- fi'el فعل contoh ضربdharaba)
3- harf حرف contoh هلhal)

Boleh baca dua2..tp di pilih di sini ayaa dan haya..iyya pun boleh baca..yg ni kena rajin tgk kamus..haya sama je..sbb huruf ha selalu berkait rapat dgn hamzah dlm masalah badal tabdil..
Msksud pun sama

Hukum huruf nida' dlm nahu..sini pengenalan huruf nida' agar di bezakan antara kalimah yg boleh di jalankan tasrif nya dan yg tak boleh..

1. Ta'rif Isim:

Isim ialah kalimah yang bebas sendirian tanpa perlu bergantung dengan kalimah lain (utk memahami maknanya) dan isim tidak punyai makna zaman.

contoh : رَجُلٌ

2. Ta'rif Fi'el:

Fi'el ialah kalimah yang bebas sendirian tanpa perlu bergantung dengan kalimah lain dan ia ada makna zaman 3 iaitu

مَاضِي, حَال, اِسْتِقْبَال

zaman madhi : zaman lampau
zaman hal : zaman terkini,keadaan semasa
zaman istiqbal : zaman akan datang..

3. Ta'rif harf :

Harf ialah kalimah yang sentiasa bergantung dengan kalimah lain.dan ia tiada zaman.

contoh هَلْ

Ta'rif fi'el:

Fi'el ialah kalimah yang bebas sendirian tanpa perlu bergantung dengan kalimah lain dan ia ada makna zaman 3 iaitu

مَاضِي, حَال, اِسْتِقْبَال

zaman madhi : zaman lampau
zaman hal : zaman terkini,keadaan semasa
zaman istiqbal : zaman akan datang..

contoh ضَرَبَ

Ta'rif Isim:

Isim ialah kalimah yang bebas sendirian tanpa perlu bergantung dengan kalimah lain (utk memahami maknanya) dan isim tidak punyai makna zaman.

contoh رَجُلٌ

Ta'rif Fi'el:
Fi'el ialah kalimah yang bebas sendirian tanpa perlu bergantung dengan kalimah lain dan ia ada makna zaman 3 iaitu

مَاضِي, حَال, اِسْتِقْبَال

i. zaman madhi : zaman lampau

ii. zaman hal : zaman terkini,keadaan sesama,

iii. zaman istiqbal : zaman akan datang..
contoh ضَرَبَ

ta'rif Harf :

Harf ialah kalimah yang sentiasa bergantung dengan kalimah lain.dan ia tiada zaman.
contoh هَلْ

habis di situ..

kena hafal..ni wajib ingat.

wa billahi taufiq wal hidayah..
wassalamualaikum..
jazakumullahu khaira..


Monday, May 11, 2015

HURUF JAWAZIM DAN HURUF NAWASIB

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلوة والسلام على رسوله الكريم
رب اشرح لي صدري ويسر لي امري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
اما بعد


1. Huruf Jawazim:

Huruf jawazim ialah huruf yg membuang harakat akhir kalimah fi'el mudhari'

Contoh : 

لم يضرب (lam yadhrib)

iaitu huruf ba' jadi tiada harakat asalnya ada baris hadapan..

Huruf Ba jadi sukun( baris mati)


Apakah itu Huruf Jawazim..?

Huruf Jawazim ialah huruf yg membuang harakat akhir kalimah fi'el mudhari'

Note:
fiel mudhari' akan ada di depan nanti.


Huruf Jawazim ada 5:

إنْ

لمْ
لَمَّا
لَامُ الْأَمْر
لَا النَّهْي

(in,lam ,lamma ,lam amar,la nahi)



2. Huruf Nawasib :

Huruf ini membariskan di atas pada akhir huruf fi'el mudhari'

contoh: 

لن يضرب (lan yadhriba)

iaitu huruf ba di bariskan di atas.
Huruf Nawasib ada 4:

أنْ

لنْ
كيْ
إدَنْ

(an lan kai izan.)



aakhiru da'wana an alhamdulillahi rabbil 'aalamiin..
wassalamualaikum..

Wednesday, May 6, 2015

SOROF


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلوة والسلام على رسوله الكريم


رب اشرح لي صدري ويسر لي انري واحلل عقدة من لساني يفقوا قولي
اما بعد


seperti biasa kita mulakan dgn bismillah.. pujian pada Allah dan selawat kpd rasulNya.dan jgn lupa berdoa minta Allah mudahkan hal belajar..


agar Allah mudahkan urusan kita utk belajar..alhamdulillah dgn telegram ni sambil kerja pun leh tgk juga sekejab..atau lepas kerja...semoga Allah mudahkan buat kita semua mendapat ilmu.


tujuan di mulai awal pagi ni sbb nak suruh pelajar boleh ulangkaji lama sikit.dan dapat hafal maklumat penting nota dlm ni.


pengajian insyaAllah tidak se lama belajar ilmu hadis..belajar kejab je sbb hafal tu yg amik masa dan juga utk faham.


Sebelum mula belajar baik la tahu sedikit tentang kitab yg akan di guna..

Nama kitab ارشاد الصرف
irsyad bermaksud مرشد mursyid iaitu petunjuk arah/jalan.
terjemahannya: ini kitab petunjuk ilmu sorf.

*kitab ni ada dlm bahasa arab..jika sesiapa nak sy boleh fotostat bg..tapi kalau nota dlm ni pun cukup dah.

ni edisi arab..yg lain edisi bahasa urdu je la.

ok balik semula kelas
Nama kitab ارشاد الصرف
irsyad bermaksud مرشد mursyid iaitu petunjuk arah/jalan.
terjemahannya: ini kitab petunjuk ilmu sorf.

Pengenalan ilmu sorof.

Suatu Ilmu yang membahaskan keadaan-keadaan yang berlaku dalam Kalimah Asli yg tiga. Keadaan tersebut adalah :
1) Asal
2) Bina'
3) Ta'lil
4) Badal 

Apakah asal,bina',ta'lil,badal dan kalimah asli yg 3?

1- Asal bermaksud perbezaan antara huruf asli dan huruf tambah.

2- Bina' bermaksud cara nak membina kalimah kepada kalimah yang lain lafaz dan makna.dengan ada bentuk harakat dan sakinat nya.

3- Ta'lil bermaksud membezakan huruf illah samaada ia asli atau tambah.

4- Badal bermaksud pertukaran huruf asli ke huruf yang lain.atau pertukaran huruf tambah ke huruf yang lain.

5- Kalimah asli yg tiga ialah kalimah asal yg terbina dari 3 huruf asli ke atas.kerana setiap kalimah asli wazannya berasal dari 3 huruf.

Soalan : 

1. Bentuk harakat n sakinah tu mcm mn ust?

Jawab :
harakat: berbaris.
sakinat: takde baris.org melayu sebut baris mati.


Apakah ta'rif ilmu sorf?
Ilmu yang membahas keadaan 1)asal,2)bina',3)ta'lil ,4)badal yang berlaku dalam kalimah asli yg tiga.

Apa itu asal (aslun)?
Asal bermaksud perbezaan antara huruf asli dan huruf tambah.

Apa itu bina'?
Bina' bermaksud cara nak membina kalimah kepada kalimah yang lain lafaz dan makna.dengan ada bentuk harakat dan sakinat nya.

Apa itu ta'lil?
Ta'lil bermaksud membezakan huruf illah (alif-wau - Ya)samaada ia asli atau tambah.

Apa itu badal?
Badal bermaksud pertukaran huruf asli ke huruf yang lain.atau pertukaran huruf tambah ke huruf yang lain.

Soalan :No 5 tu kalimah asli wazan berasal dari tiga..??xpaham
Jawab : berasal dari tiga huruf asli.contoh ضرب maka di sini dhad ra dan ba adalah tiga huruf asli.


Pengenalan kitab Irsyadus Sorf:

Pengarang kitab ialah Maulana khudabakhsy.

Asal kitab ni dalam bahasa parsi..lalu di syarah dalam bahasa urdu oleh maulana Nasrullah khan.. bahkan bukan M Nasrullah khan sahaja yang syarah kitab ni tetapi ramai di kalangan ulama2 tanah Hind (india,pakistan,bangladesh dan sebagian afghanistan)

kitab ni di guna dlm silibus pengajian sistem deobandi.. kitab ni terkenal di kalangan mereka. melalui kitab ni juga asbab kepada keluar ramainya ulama2 dari tanah Hind.

Biasanya kitab di pelajari dalam kelas tahun 2. selepas belajar kitab tasrif ringkas pada kelas tahun 1. dan ada juga madrasah2 yang mulai ngajar kitab ni dari tahun satu dan dua.mereka bahagikan kitab ni kepada 2 jilid.jilid 1 tahun 1 dan jilid 2 tahun 2.

Di pakistan biasanya kitab ni di guna utk kelas daurah ilmu sorf. setiap bulan rejab akan ada beberapa madrasah buka kelas daurah sorf untuk ulama serta pelajar2 yg sudah mempelajari tahun 2.biasanya khatam daurah pada akhir ramadhan.

Tujuan belajar ilmu sorof: agar tidak silap dalam menentukan sighah.

Ini asas penting bagi memudahkan faham ilmu sorof
ini istilah wajib tahu

Sighah: kalimah yg terdiri mengikut wazannya.
wazan: timbangan utk menilai huruf asli dan huruf tambah serta menilai harakat dan sakinat nya.
lughah : bahasa atau percakapan
istilah : satu istilah yang di guna pakai yg kadang2 berlawanan dgn maksud asal.
tanwin : tanda nun mati. bila di baca ia ada tapi tiada dalam tulisan.

contoh زيد bila di baca bunyi zaidun

sighah: kalimat yg terbentuk dgn harakat dan sakinatnya mengikut tertib yg di tentu dgn ilmu sorf.
mu'rab; kalimah yang boleh berubah pada huruf akhirnya(ini dalam ilmu nahu)
mabni: kalimah yg baris pada huruf akhirnya tidak berubah(ini dalam ilmu nahu)
munshorif منصرف : kalimah yg boleh terima harakat baris bawah dan boleh ada tanwin.
ghair munshorif: kalimah yg tak boleh terima baris bawah dan tak boleh terima tanwin.


HAFALAN:

Huruf yang membariskan bawah kalimah isim selepasnya ada 17:


(ba, ta ,kaf, lam, wau, muz, munzu, khala, rubba, haasya, min, 'ada, fi, 'an, 'ala, hatta, ila)
ب
ت
ك
ل
و
مُذْ
مُنذُ
خَلا
رُبَّ 
حَاشَا
مِن
عَدا
فِي
عَن
عَلَى
حَتَّى
إِلَى


1. Contoh ayat utk  رب :

فَرُبَّ مُبَلَّغٍ أَوْعَى مِنْ سَامِع
hadis albukhari

2. 

Wednesday, April 29, 2015

PENGENALAN

Cara di ajar oleh almarhum Syeikhul Sorf Wa Nahw Pakistan iaitu Maulana Nasrullah Khan yang boleh di katakan serata pakistan anak2 muridnya jadi ulama2 besar. Anak muridnya akan baca hafalan sambil dia berjalan2..Sheikh bjalan laju walhal masa tu beliau berusia 78..
Pesanan Sheikh kepada anak muridnya Ustaz Solah  : Fikir/kaji lah sentiasa,sbb semua org (yg alim sekalipun sentiasa) kaji.(sosy kar lo sab sosy karna pare ga.)

Kaedah penting belajar ilmu sorof:

1 kena faham qaedah.
2 kena faham hukum.
3 kena faham syarat.
4 kena faham contoh bertepatan.
5 kena faham contoh berlawanan.
6 jangan bertanya jawapan sebelum kaji sendiri. setiap masalah kena atasi sendiri. setelah yakin jawapan baru tanya.ingat! jawapan mesti yakin betul.jika tak,sila kaji lg.
7 sentiasa bertanya sendiri dan jawab sendiri masalah.

Tips mudah hafal:

1 kawal emosi marah
2 jgn stress 
3 jaga waktu nak hafal.
4 sedia juga masa utk ulang baca hafalan (tanpa lihat nota) setiap hari.
5 jgn kata tak boleh,otak benok,lidah keras sbb perkataan lemahkan semangat.

Kesimpulannya kena jaga otak..sbb otak kita bekerja lebih dari biasa.maka perlu rehat.dan istiqamah.

Waktu hafal mengikut pengalaman sy di pakistan:

utk hafal ;maghrib dan isyak (jgn lebih dari sejam.

sebelum maghrib(masa mana2 pun) sudah baca tgk byk kali.ingat! baca dgn lidah bukan baca dgn hati shj.

lepas isya pula pelancarkan hafalan maghrib.kemudian stop.

lepas subuh wajib baca ulang sehingga betul2 ingat tanpa lihat nota.

Cara nak hafal:
ulang 1 ayat hingga ingat kemudian alih ayat 2 kemudian 3 tanpa di campurkan.setelah habis hafal satu2 baru lah baca hafal utk sambung ayat 1 2 3 dan seterus..ingat! jgn lebih sejam.

harap membantu.

Tips selepas ingat,
mesti ulang hafalan yg telah lepas tu masa2 mana pun.mesti khatam setiap hari.

Masalah jika tak jaga hafalan lepas:
Boleh menyebabkan lupa seolah2 tak pernah hafal..maka kena start semula..nak start balik ni la kebanyakan akan jadi boring lalu malas dah nak belajar kerana susah..padahal dia sendiri yg susahkan dirinya sendiri.

Mula2 belajar dulu sy pelik kenapa maulana ingat..buku pun takde..dia ngajar tanpa buku di tangan mahupun atas meja..bila kita sendiri buat baru lah nampak kemudahannya.

Kelebihan Belajar Sorof

1-boleh betulkan kaedah tajwid bacaan alquran.

2-faham dgn mudah setiap makna lafaz arab.

3-boleh cari huruf asli dan huruf tambah maka senang nak cek makna dlm kamus arab-melayu.sbbnya kalu tak tahu sorof susah nak cek makna lafaz arab.

4-mudah memahami ilmu nahu.sbb kebanyakan pelajar lemah sorof maka dia akan lemah nahu.lemah nahu maka tak faham maksud jumlah bahasa arab..dan yg paling susah ialah nak gabungkan antara sorof,nahu dan tarkib jumbah.

dan lain2 lg insyaAllah dlm kelas nanti.

Tarkib Jumlah (Susunan Ayat)

وَلَقَدْ تَرَكْنَاهَا آيَةً فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ 

Lihat jumlah (ayat) di atas perkataan  "تَرَكْنَاهَا "

Yang manakah huruf aslinya (huruf asal)?

Huruf ta huruf asli - ra huruf asli - kaf huruf asli - tapi nun dan alif huruf tambah.
ha dgn alif pula kalimah lain.

Ini contoh pengetahuan Ilmu Sorof. Maka kita boleh cek huruf asli tu ta, ra, kaf, dlm kamus arab melayu jumpa jawapan maknanya.

Dan تَرَكْنَا adalah Sighah Fiel Madhi Ma'lum.iaitu sighah Jama' Mutakallim.

sorof mesti ada latihan tubi hari2..bukan sekadar hafal dan faham.bahkan dgn latihan makin faham ilmu sorof..sbb tu dulu guru sy hanya suruh hafal shj dulu,selepas tu baru faham..bila hafal baru la mudah faham.
ilmu sorof akan rasa payah bila tak ingat hafalan.